:) MUHASABAH LILLAH (: Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR
Teman yang paling akrab adalah AMAL
Pengawal peribadi yang paling waspada adalah DIAM
Bahasa yang paling manis ialah SENYUM
Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK

Mereka baik hati^^

20120604

Allah sayang kat kita :')

Salam.

Pernah tak kita rasa yang kita ni pernah mensyirikkan Allah?
Mesti ramai yang akan cakap:

A: "Mestilah tak, bila masa pulak lah kita gi tokong, gi kuil, sembah patung, berhala ape sume tu ehh takkkk! Kita ni solat tak pernah tinggal takkan ler berbuat syirik kot. Salah orang ni cikkkk"

B: "Astaghfirullah. Salah orang ni cikkkk. Takkan mungkin ana berbuat begitu ya"

Dan sebagainya lagi jawapan yang aku takpayah reka.
*Korang jawab sendiri*

Ok, sekarang ni, kita kena FAHAM dulu maksud mensyirikkan Allah tu.
Menurut kamus dewan edisi ketiga, maksud mensyirikkan ialah menyekutukan Allah; menduakan Allah.
Faham betulbetul maksud menduakan di sini.

Before that, ada 3 jenis cinta.

1) CintaKAN Allah - tak perlu contoh kot, mesti dah tahu

2) Cinta KERANA Allah- cinta makayah, suami/isteri, guru2, adikberadik dsb kerana Allah

3) Cinta BERSAMA Allah- mencintai sesuatu sama besar nilainya dengan cinta kepada Allah.
Ni yang kita takut. Nilah syirik tanpa sedar.

Cuba kita muhasabah balik, ingat2 balik segala amalan kita sebelum ni pernah ke kita menduakan Allah.
Masih tak clear.

Nak cakap lebihlebih pun aku bukannya ada banyaaaaaaak ilmu. Yelah, umur masih limabelasplusplus tahun jagung. Aku sendiri pun banyak dosa. Bertimbun2. huhuhuhu. Aku just kongsi apa yang aku tahu je.

Before aku end post kali ni, aku nak bagi satu analogi.

Pada zaman Rasulullah, ada seorang ibu ni berlari2 sambil teresak2 mencari bayi kecilnya dengan dada yang basah kerana susu keluar dengan banyaknya. Setelah sekian lama dia berlari sambil menangis itu, dia ketemu lah dengan bayi kecilnya.

Didukungnya, dipujuknya dan disusukannya bayi kecil itu.

Kemudian Rasulullah bertanya kepada ibu tersebut.
Adakah engkau sayang akan bayi ini? 
Sudah tentu
Adakah engkau sanggup mencampakkan bayi ini ke dalam api?
Sudah tentu tidak!
Ketahuilah, sesungguhnya Allah sayang akan hambanya lebih daripada sayang ibu ini kepada anaknya.
 Subhanallah :')

Sayangnya Allah kat kita, sanggup ke kita nak menduakan Allah. Tengok balik carta hati kita, kita letakkan Allah di carta nombor berapa? 1, 2, 10 atau 100?

Allah, allah, allah.
Terimalah taubatku. Engkaulah Maha Penerima Taubat.

Allahumma ameen.

:')

Till then, salam alaik.
 
 

No comments:

Potpet potpet