:) MUHASABAH LILLAH (: Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR
Teman yang paling akrab adalah AMAL
Pengawal peribadi yang paling waspada adalah DIAM
Bahasa yang paling manis ialah SENYUM
Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK

Mereka baik hati^^

20131120

Of exams and tawakkal.

Bismillah.
Assalamualaikum.
Lama tak berceloteh kat sini.
Busy sikit sebab sekarang tengah SPM.

Cakap pasal SPM,
nak cerita pasal tawakkal.

Tawakkal ni kan maksudnya bergantung harap kepada Allah selepas berusaha bersungguh-sungguh.

Haritu, masa malam before exam Sejarah, nak menangis rasa sebab tak sempat habis study.
Then malam tu tido pukul 2 pagi sebab baca yang termampu.

Pagi esoknya, call ummi mintak doa agar dipermudah.
Ummi pesan jangan lupa tawakkal.
Doa agar apa yang kita sempat baca, keluar exam.
Haritu angah pun ada mention pasal tawakkal.

Ummi selalu pesan, kadang-kadaang kejayaan yang kita peroleh, bukan atas usaha kita pun.
Hubungan kita dengan Allah, hubungan dengan manusia tu kena jaga.

Habis kertas Sejarah, call ummi.
Bagitahu alhamdulillah bolehlah jugak jawab Sejarah.
Then, ummi ingatkan lagi pasal tawakkal.

Masa tu, rasa macam Allah tolong banyak sangat.
Terharu sangat.

Balik cek paper 1, tak banyak salah.
Alhamdulillah. Bersyukur sangat.
Happy dah rasa.

Tu kisah minggu lepas.

Now, pagi tadi exam P. Syariah Islamiah.
Antaranya subjek yang susah.
Agak complicated.
Sangat takut.
Malam semalam tido pukul 4 sebab study yang termampu.

Pagi tadi before masuk hall, cuak sangat rasa.
Doa dalam hati mintak dipermudahkan sangat-sangat.

Mula2 paper 2. Subjektif.
Alhamdulillah boleh jawab kot.
Dah happy sikit.
Padahal lepas tu ada paper 1.

Maksud hall, selak2 paper 1. Mencabar gak soalan.
Keluar awal sebab bajet sangattt.
Over confident.

Target salah 10 je. Memula cadang taknak cek langsung sebab kalau salah banyak, nanti sendiri yang kecewa.

TAPI

Bila tengok kengkawan cek, niat di hati nak cek jugak.
Tak cek sendiri, mintak kawan tolong tanda.
Dia kata dia tak total kan. Tanya, salah lagi banyak daripada dia ke apa. (dia salah 6)
Dia kata salah lebih sikit lah daripada dia.

Balik bilik, selak2, kira2.
Salah banyak sangat.
Memula kecewa sebab kawan tak jujur.
Bila pikir balik, bukannya salah pun apa yang dia buat.

Kunci pintu.
Call ummi.

Memula cuba tahan nangis. Tengah2 bercerita, TERnangis.
Memikirkan expectation orang if I don't get straight A+'s
Memikirkan semua benda
Memikirkan kenapa aku tak study habis2
Macam2 perasaan bercampur baur.
Sedih
Kecewa
Menyesal

Lepas call ummi, chat dengan I.
Dia kata buat apa nak kenang benda dah lepas.
Move on.

Paling penting,
dia ingatkan apa tujuan kita belajar sebenarnya.
Sama ada
sebab nak ikut perintah Allah dalam Quran 
atau pun 
untuk buktikan atas kertas?

Lepas habis chat, refleks diri.

Mana erti tawakkal yang kau pegang selama ni?

Takkan sebab satu paper, kau dah give up?

Come on la.

Kau ada 5 paper lagi nak pulun. Masih ada waktu.
Untuk yang dah lepas, doa banyak-banyak.
Tawakkal.
ALLAH MAHA HEBAT.

We never knew what He can do to help us.
Do not despair and never lose hope.

Do not stop praying.
He's waiting to hear our voice.
HE WILL WAIT.

BUT

Do not let him wait. He's the CREATOR, you're just the CREATION.
Do what you're supposed to do as He will be very happy to help you.
Whatever it is, Allah knows best.

Assalamualaikum.

p/s: SPM bukan pengakhiran segalanyaaaa, ingat tuuuu
p/s/s: Now after tenang sikit, baru boleh study. ^^


20130818

Lama hilang. Pegi mana kak?

Hai. Hihi. err. lupa pulak.

Assalamulaikum.

"Weh dah lama gila budak ni tak update blog. Pemalas betol. bla bla bla."
K tu joyah sangat.

Takde idea. Busy. Malas. = Terbengkalai.

Sekarang ni tengah tension tahap petala kelapan sebab trial diawalkan.
AND
Ada carry marks for trial. Tetibe je.
Fedup betui naa.

Lepas tu, tension dengan fsc.

Lagi satu, fedup dengan orang yang tak sudah2 mengungkit zaman jahiliyah kita.
Sebenarnya, lebih kepada sedih lah.
Kita dah tak macam tu..
Kenapa nak ungkit balik?
Cerita kat semua orang?
Punyalah kita sungguh2 tanak macamtu lagi dah
then kenapa nak buat kita terpikir balik jalan yang kita salah pilih dulu.
Cuba Allah ungkit perangai tahapehape awak dolu-dolu kat akhirat depan semua orang.
Awak hendak?


Sabar.
Doa.
Tawakkal.
Biar Allah balas.
Biar.
Terus sabar
dan doa
dan tawakkal.

:')

“Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Potpet potpet