:) MUHASABAH LILLAH (: Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR
Teman yang paling akrab adalah AMAL
Pengawal peribadi yang paling waspada adalah DIAM
Bahasa yang paling manis ialah SENYUM
Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK

Mereka baik hati^^

20120528

Random

Salam alaik.

From 23rd till 25th of May, I went to BSMM camping at Hutan Pendidikan UKM.
Pagi tu bangun dalam pukul 5 lebih la. Awal tu! So, habiskan mengemas, mandi, solat ape sume, pukul enamempatpuluhlimaplusplus gerak gi sekolah naik bas first trip. Sampai2 tu, letak beg, gi ambik makanan and isi air. Masa isi air tu terserempak dengan C. Mior. Tetibe dia tanya "Debat UIA tu macamana?" AKu pun cakap la nak join and then dia suruh aku ikut dia pergi bilik instructor. Eventhough aku takut tertinggal bas untuk gi hutan tu tapi cikgu still suruh aku ikut dia gak. Sampai kat meja dia, dia tunjuk satu surat. Trengtengteng... Rupa2nya surat jemputan for debat from UIA. Aku pun cam excited sungguh then mintak izin ngan cikgu nak gi breakthefast. Lepas breakfast, aku carik Shah Hakimi, Fasha ngan Ajmal bagitau pasal benda ni. Then Shah Hakimi dengan penuh mengada-ngada nya kata dia tanak join. Aku pun cam bengang la tapi still boleh bersabar. huhu.

Then naik bas gi tempat camping. Tapi bas hantar separuh jalan je. Then kitorg kena sambung jalan sebab tempat tu atas bukit and jalan sempit ape semua kfine kitorg jalan. Penat tak usah cakap lah, Allah je yang tahu. huhu. Sampai2, letak beg duduk then dengar taklimat from En. Shah Johan. Seronok! Dia pandai tarik perhatian orang. Pastu makan pagi. Pinggan kena basuh sendiri, pastu simpan sendiri. Then lepas makan pagi tu sambung pulak dengan slot with En. Shah Johan. Pasal misi menyelamat and cara berkomunikasi. Ok then petang tu pasal Luka dan pendarahan. By akak2 BSMM UKM. Bolehlahhh. Pastu malam tu pasal CPR. Hahha. Best gila. MUla2 guna dummy then sampai satu masa tu kena pilih model betul. So mangsanya ialah J. Perawat nye sape? A !!! haha. kelakar habis.

Then lepas solat Isya' diorang suruh kitorg berkumpul bawak kain. Ni tak lain tak bukan mesti ada Night Walk. Takut memang ah takut en tapi terima je laa. Masuk dalam kumpulan, ikat2 mata kawan then dengar arahan. Ketua kitorang AA. Bersyukur sangat budak laki group kitorang jenis yang tak suka membising sangat enn. Kitorang group first so kitorang jalan dulu. Mula2 jalan ok lagi... Sampai kat tengah2 tu, aku dah rasa kena tiup terus menggeliat tangan aku pegang baju Ain. Pastu macam2 la kena kacau, kena hembus la, kena bau asap la, kena dengar bunyi pokok kena goyang la and paling best kena kacau ngan daun. Apa yang bestnya? Time tu group C kena kacau. PAstu yang sengalnya si C ni dia gi inform sume groupmate dia ceni "Ada orang bagi daun" Kesudahnya smua tergelak dengar dia cakap centu. Then malam tu tido agak lambat iaitu jam 1 pagi plusplus.

Pagi esok nya bangun pukul limaplusplus. Gi bilik air siap2 nak mandi. Apakhang ramai gilaaa. Menunggu dengan penuh kesabaran nya lahai. Then siap2, ready nak solat. Budak laki tak bangun lagi oh. So kitorang solat dulu ler gamaknya. After solat, kena kumpul for riadah. Supposedly berkumpul pukul 6.30 but semua pun lambat then P. Aisyah pun menunggu kami. Alkisahnya, riadah digantikan dengan sesi muhasabah diri by    P. Aisyah. Then pagi tu ada sesi ikatan dan usungan by En. Z. Mengantuknya takpayah cakap la. Tertido2 dibuatnya even duduk 'saf' depan2 pun. Tak malu en. hihi. H pun sama. Kejap2 dia mintak air. hihi, sepesen je kite dua orang. And then, En. Z mintak AF jadik model untuk tunjuk jenis2 usungan. AF asik buat kitorang gelak je. Then En. Z mintak pulak SH jadik model untuk usungan guna strecher and gebar. SH kena ikat macam apa je. En. Z try snget kan and terbalikkan strecher tu and ternyata ikatan kuat sebab SH tak jatuh langsung. huhu. Then kitorang kena jungle trakking sebab adalah sorang ni semangat gila nak berjungle trekking. Gi lah merentas segala halangan. Jujur cakap, aku pengecut gila. Kbai.

Lepas tu ada pulak misi menyelamat. Cuak betul. Team aku team penyelamat so kitorang kena gi tempat kejadian bawak mangsa2 gi bilik rawatan. AA pun bahagikan kitorang kepada 10 kumpulan sebab kitorang ramai sangat. Sementara tunggu AA gi dapatkan maklumat, kitorang lepak2 la. Tetibe AA cam panggil aku. Aku cam konpius jap. Panggil aku ke. Then dia cakap cepatla sikit. Ok betul dia panggil aku. Aku pun lari2 katak gi kat dia. Rupanya aku kena jadik pencatat. Cehh! Dengan pakai kasutnya, takde pennya, aku pun terkalut2 carik pen tahsapasapapunya gi kat Av ngan AA. Salin ler pape yang patut. Gi balik kat team penyelamat yang menunggu, AA briefing siket. Eh banyak siket sampai take time siket. Pastu 8 team gerak dulu. Apakhang jauh nye lahai. Sampai2 diorang tanya sape handle orang trauma. Sume pun macam tak layan je so aku dengan rela hati gi ler kat orang yang trauma tu. Perghh, arasmate aku sendiri, D yang trauma. Trauma dia spesel tau. More to gila sebenarnya. HAHA. Asik nak papa, nak papa je. Gi kat S, D tanya S trauma tu apa. Then S cakap gulagula. Makin excited D jadiknya. 'Seret' ler D gi bilik rawatan. Masuk balik hutan, ambik mangsa lain. Kak L. Supposedly akak ni dah 'mati' tapi dia jalan sendiri sebab orang tak larat nak angkat dia.

Lepas habis misi, petang tu kitorang kena Ikhtiar hidup. Masak ayam sampai pukul 8.30 je had masanya. Mula2 group kitorang tak reti nak hidupkan api. ALhamdulillah P. Aisyah tolong. Lepas sampai had masa, makan time! Kitorang tunggu semua teammate kitorang sebab nak makan samesame. Sementara menunggu, kitorang main 'Pindahkan tempat'. Best! K. Ida, K. Zahra ngan A. Najmi pun join. Lepas makan, solat jemaah. Then malam tu ada rumusan about misi penyelamat. Lawak giloshh. Terwujudnya unit mangsa and pengasasnya ialah SH. HAHA. Lawak, kisahnya SH dikudung setelah mati. kuang3. Lepastu ada sesi karaoke. Mengantuknya dengar dorang nyanyi2, so aku pun beradu ler. Haha, sukati aku je.

Esok pagi bangun kesejukan. Yela, malam tadi kan hujan. So bangun, cam bese siap2 solat ape sume. Pakai baju BSMM tuhh sebab hari ni ada perasmian penutup. Overall, group kitorang dapat group paling bekerjasama. Ok seronok. Balik tu jalan kaki huwaaa bas takde ohmak T_T Fine la, takpe. Smpai2 sekolah, dapat fon balik, usha2 budak asasi(dari jauh jelahh), solat then tido!

Ok, aku sangat eksaited dapat kem sebab last aku camping kat hutan2 ni time darjah6. So sangat best. Alhamdulillah.

Till then, salam.

No comments:

Potpet potpet