:) MUHASABAH LILLAH (: Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR
Teman yang paling akrab adalah AMAL
Pengawal peribadi yang paling waspada adalah DIAM
Bahasa yang paling manis ialah SENYUM
Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK

Mereka baik hati^^

20120111

Sudahsudahlah tu.

Assalamualaikum.
Eh, apa yang sudah tibetibe ni? Haiyya.
Ok, kali ni ana nak kupas tentang satu isu. 
[grr, cuak sebab first time cakap camni padahal pengalaman tak banyak pun]
Isu ni penting tau. Sangat penting tapi tak ramai orang Islam yang ambik peduli pasal ni.
Apa? 901? Eh tak, tak main lah politik2 ni.
Bytheway, Allah dah tunjukkan kebenaran dan jangan sesiapa berani nak kata apa2 lagi lepas ni.
Habis tu, kalau bukan 901, apa?
Ok, kita dengar dulu ceritanya.....


U: Haritu, ada sorang cleaner tu datang kat ummi. Masa tu umi nak gi sekolah agama. Tiba2 dia kata yang dia muallaf. Dia cite yang dia baru masuk Islam sebab ada sorang kawan dia ni. bla bla bla... Pastu dia kata yang duit dia empatribu kena tipu ngan kawan yang bawak dia masuk Islam. Dia cakap camni

"Habis duit saya kena tipu kak. Penat2 saya kerja, sampai empatribu kak, banyak tu kak. Macam ni ke orang Islam? bla bla bla" 
Ummi pun terkedu kejap. Baru lah ummi cakap, umi terangkan, yang perangai macam tu adalah orangnya, bukan Islam tu sendiri bla bla bla. So, umi nak anak2 umi buktikan yang Islam tak ajar macam tu ape sume.

tett. perbualan tamat.

Ok, get the picture?
Isu nya adalah PERANGAI ORANG ISLAM YANG MENJATUHKAN NAMA ISLAM.


First of all, meh kita tengok kes-kes jenayah macam ni



 atau ni


 agakagak kan, sapa yang buat?

Majoriti pelaku kesalahan-kesalahan jenayah seperti itu ialah orang MELAYU beragama ISLAM.
If non-muslim tengok, ape reaksi diorang?
Seolah-olah dalam Islam ni takde hukum-hakam sampai membenarkan pulak segala keje cenggitu.

Sebab tu kita kena laksanakan hukum hudud. 
Hukum hudud tu hukum Allah, peraturan Allah. Tak paham ape itu hudud? Tengok video ni dulu.



So sekarang, semua muslim patut berasa malu dengan keadaan sebegini. 
Makin lama, makin menjatuhkan nama Islam. Di mana letaknya maruah Islam?
Mana?
FIkirfikirkanlah.
hmmm...

Secondly, etika pemakaian menutup aurat.
Oh, mungkin ada yang dah lupa eh batasbatas aurat. Meh ana ingatkan balik.

Aurat Muslim dengan Muslim yang lain, dengan bukan Muslim: Antara pusat hingga lutut
Aurat Muslimah dengan Muslimah yang lain: Antara pusat hingga lutut
Aurat Muslimah dengan Muslim, bukan muslim(lelaki): Seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan
Aurat Muslimah dengan bukan muslim(perempuan): Read this. Baca sampai paham.

Kenapa ana bold dua point tu?

Sebab dua tu melibatkan kita orang islam dengan bukan islam.
Kalau kita tengok, zaman sekarang pun, pemakaian banyak berlandaskan FESYEN bukannya berlandaskan SYARIAH. Macamana kita nak yakinkan orang bukan Islam tu sendiri tentang ayat2 Allah dalam surah an-nur ayat 30 dan 31 dan juga ayat2 lain berkenaan etika menutup aurat ni. Apa pandangan mereka nanti?
"Kalau dah orang islam sendiri boleh langgar arahan tuhan mereka, takkan aku nak ikut agama yang tak taat ni?" 

Nak ke diorang pikir macamni? Nauzubillah. Ok, setakat ni, dua tu je yang dapat ana pikirkan. Banyak lagi sebenarnya, perangai Muslim dengan bukan muslim, etc. Jadi sekarang, marilah kita amalkan cara hidup Islam yang syumul(sempurna). Mari kita tiupkan semangat da'wah dan tarbiah dalam diri kita semua. Haa, dan juga mari kita berselawat banyak2 kepada Rasulullah. [kata nak dapatkan syafaat baginda]. Jom jadi umatNya yang osem.[eh, osem?apa tu?][Tengok dekat nota kat bawah ni^^]

Till then, wassalam.

Nota 1: Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Di atas ni pandangan2 saya sahaja. Kalau ada yang ingin menambah, silakan. Dan kalau terdapat sebarang kesilapan, asifah[maaf] saya ucapkan.

Nota 2: Haa, apa tu Osem? Awesome lah. Dia ni yang ajar ---->Inche Gabbana 
Jom ramai2 visit blog dia yang super osem tu :)








No comments:

Potpet potpet