Semoga Allah merahmati hidup kalian yang membaca post ni :)
Sekarang ni sesiapa yang dilahirkan pada tahun 1996 majoritinya akan berada dalam ketakutan. grrr >< HAHA. sebabnya, minggu depan result PMR nak keluar,kan?. Bittaufiq wannajah ye semua orang. Ana doakan kalian(termasuk diri ana) berjaya dapat straight A's,ok? hu3.
Oklah,tu baru intro. Hmm,dalam ketakutan/kecuakan kita semua ni menanti result kan,ana tibatiba terasa macam ada suatu benda yang lebih perlu kita semua takuti. Tahu tak mati tu apa? Ala,yang nyawa kena sentap tulah. Yang malaikat Izrail punya kerja tu. Taktahu gak lagi, ana taktahu nak kata apa dah. hu3. Hmm, bila pikirpikir balik kan, ana banyak sangat dosa. Seiusly. Setiap kali teringat semua dosa2 tu, ana rasa macam... macam ana tak layak je hidup di bumi Allah, di bawah lembayung rahmat Allah. Sebab ana hina sangat. Teruk sangat. Allah keep on giving me ni'mat but apa yang ana balas? Hmm,,
Maybe ada yang pelik ngapelah ana tetibe je dalam mood insaf ni kan. Orang kata apa, dah sampai seru? Haa,lebih kurang lah tu kot. Sebabnya tadi, ana terbaca satu post dalam GI kat efbee. Ianya berbunyi begini
Hmm, ana terasa sungguh bila baca post yang satu ni. Yang membuatkan ana begitu terasa adalah sebab sekarang ni pun, ana tengah buat dosa tu. Ana manja ngan lelaki sana sini. Ana tak rasa ana tengah jadi diri ana sekarang. Jujur cakap, sejak balik daripada ppcs tu, ana asyik dan asyik mesej lah chat lah(di efbee) dengan lelaki ajnabi.#maaflah kepada sesiapa yang terasa# Ana rasa bodoh sangat2. Ngapelah ana berbuat gitu. Padahal awal2 lagi ana dah tahu hukum buat semua tu haram. Kalau haram,dapat dosa. And kalau dosa keep on bertambah, neraka balasannya. Kredit dosa ana bukan mainlah tengah bertambah padahal kredit pahala ana, ana lupa nak topup. Kalau macamnilah gayanya, macamana nak masuk syurga? Walhal mati makin dekat. And bila dah mati, takkan sempatnya nak topup akaun pahala tu. Takkan sempat.
Perwatakan ana langsung tak menggambarkan pemakaian ana. Kenapalah boleh jadi macamtu. Bila ana tengok Nabilah, ana rasa malu sangat. Teramat sangat malu. Ana nak sangat berubah tapi dalam hati ana ni macam ada satu 'kuasa jahat' yang cakap "Ala,jangan jadi hipokrit lah Shafiqah. Kau tak suka hidup dalam kepura-puraan kann?" Haishh,kenapalah boleh jadi sampai macamtu sekali. Astaghfirullah. Mungkin betul kata Farah Wahidah "You have to be yourself. But you MUST and NEED to change for a better person"
Sungguh, ana cemburu sangat tengok kakak ana. Dia mana pernah sekolah agama. Tapi dia yang sekarang much better than dia yang dulu and even much much more better than me. Ana rasa yang ana patut contohi dia. Tapi biasalah, manusia kan. EGO mesti tinggi. Ana kaver2 je, dalam hati tu bajet macam ana ni baik sangat lah. Walhal hakikatnya hampehh -,-'' Dia banyak kali tegur ana tapi ana macam "Hishh, orang tahulah. Ingat orang tak belajar ke?" Tapi kalau setakat belajar je tapi tak aplikasi pun macam takde guna kann? >.<
Sekarang ni, ana harap sangat ana dapat berubah dalam erti kata sebenar-benar perubahan. Ana nak sangat jadi perempuan yang baik sebab Allah dah janji dalam Al-quran yang
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)Ana taknak dapat lelaki yang jahat so, ana tak boleh lah jadi perempuan yang jahat, right? And for that, ana dan sesiapa jua yang percaya dan berpegang pada katakata Allah kat atas ni kenalah betulbetul berusaha untuk jadi orang yang baik. Kita semua kan nak dapat pasangan yang baik? ^.^
Oklah, tu je kot untuk kali ni. Semoga apa yang ana post kali ni dapat memberi manfaat kat sesiapa jua yang membaca dan takkan jadi post yang siasia. Samesame ambil iktibar,okie? May Allah bless you all. Weeeee~
nota kuku kaki: Ana takdelah sangap nak kawen kan~ #bak kata seseorang# Ana cuma 'menulis' apa yang ana rasa betul dan patut dikongsi saja. Maybe ramai yang dah tahu, tapi apa salahnya ingat-mengingati sesama kita kann? Manusia kan nasia(pelupa). InshaAllah, samasama kita berusaha menempatkan diri di salah satu Jannah Allah :) Ameen.
3 comments:
Bila kebencian dekat suatu maksiat itu sudah ada dalam hati, maka besarkanlah kebencian itu sampai kebaikan dapat bertakhta dalam hati :)
Wahh,terharunya. Burungman aka Nordin sudi komen di blog saya. Terima kasih banyakbanyak :)
Betul macam apa yang Nordin cakap tu.
Alhamdulillah...
hidayah Allah itu terasa nikmatnya bila kita sendiri yg dapat...
Jgn sia-siakan ye~
Post a Comment