:) MUHASABAH LILLAH (: Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR
Teman yang paling akrab adalah AMAL
Pengawal peribadi yang paling waspada adalah DIAM
Bahasa yang paling manis ialah SENYUM
Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK

Mereka baik hati^^

20111029

*Habuk sedang dilap, blog sedang divacuum, kerja2 pembaikpulihan sedang dijalankan. Harap maklum*

*fuhhhhhhhh* <-- tiup habuk
Gila berhabuk berdebu punya blog amende tah tuan dia baik takpayah buat blog sebab malas nak mampuihhh update post amende ni woi orang Islam mane boleh malas!
ehhh,lupe.

Assalamualaikum!
Sorry lah TERmembebel kat atas tu haa. Pemalas gila aihh tuan blog ni. Cuba tengok post kat bawah ni tarikhnya bila? Bulan satu. Ok, sekarang bulan berapa? Bulan sepuluh. Lebih kurang sembilan bulan aku tak jejak tanah belog ni. Mantopp~!

daripada aku terus melalut tak tentu arah macam orang separuh tiang, meh aku buat summary sikit pasal apa yang jadi sepanjang lebih kurang sembilan bulan tu. Tapi lebih daripada 60 patah perkataan lahh.

Bulan 2,3,4
bulan 2 tu ada intraschool debating championship. Aku masuk debat bm dengan barab. Yang barab tu masuk as in tolong kawan. Masuk intraschool ni dengan harapan dapatlah menyerlahkan bakat tu. ceiwahh~ = ='
Hope sangat dapat menyerlah in bm alih2 dapat ok in barab? tak pernah expect pun lah. Ada rezeki,alhamdulillah ;)
Ok,takda benda sangat pon.
Benda tragik yang jadik tu aku dah try lupakan sebab takut2 menghantui aku balik. Takut adoooii~
TAPI 24/4 merupakan tarikh keramat buat kami warga BSF3. TRAGIK gila vaveng ouhh~
kami semua yang terlibat sure akan ingat tarikh bilamana terbentuknya LAS ;)
the rest is history. ecehhh~

Bulan 5
Ada pameran sivik. Pameran ni gempak kebabom tau, korang ade ke? ok,terpoyo.
Kelam kelibut jugak lah jadinya sebab ni first time batch aku handle mende BESAR macam ini. (bajet besar sangat aje) Kitorang buat tema perkahwinan. Kahwin tipu2 aje. Pengantin pun pakat guna adikberadik ngan sepupusepapat aje. Cikgu2 ngan pentadbir sporting ouhh support kami. ;)
hikhok,nice job lah dear FORM 3 20sebelas.

Bulan 6
Ada daurah ilmiah. Mula2 macam bosan lahh tapi lama2 dapatlah terima benda ni AGAK best.
Bangun pukul 4/5 pagi (tu pun sebab kena kejot dengan Yott ngan Qon), dengan mata terpisat-pisat merentas sekolah menuju blok MN yang ku_________(isi tempat kosong)
Pastu yang PALING best nya ada satu malam tu,alumni datang memeriahkan*taktau kenapa perkataan ni senget* daurah kami.
Best wokk~ hikkhokk ;)

Bulan 7
Tak ingat jadik ape tapi yang penting bulan kelahiran Ummi. 28/7 ;)
Happy birthday ummi,may Allah bless you.

Bulan 8
Ok,bulan ni kena hadap Encik Percubaan PMR. hensem sangat ouhh~
Aku sebenarnya cam tak berapa nak ready tapi alhamdulillah result meningkat banding dengan result mid-term. Tahun ni puasa cam laen sikit dari tahun2 lepas. Stay up kat musolla ngan kawan2. Pastu qiam ape sume. Memang feel aa tahun ni.
Then ada satu malam tu buat gempak ngan Ena,Nyah ngan Jehh. Nak tahu apa kitorang buat?
Jeng... Jeng... Jeng...Takpayah tahu! ho3.

Bulan 9
Bulan struggle sebab PMR semakin menyeru-nyeru kalah cite Kekasihku Seru.
Lagi benda lain tak ingat apa jadi.

Bulan 10 until sekarang
Ok,awal bulan kena ngadap bini Encik Percubaan iaitu Puan PMR.
Best wok,balik awal pukul 11/12 cenggitu. Cikgu sekolah lain datang memang gempak abis.(dorang datang bukan wat mende pon)

Lepastu maahad dapat Sekolah Kluster Kecemerlangan a.k.a SKK.
Bangga ni,sekolah korang ade ke? haha.

Ada makan malam aka Lailatul Jawahiril Mahamid/Malam Permata Hamidiah.
yang ni gempak, i'm telling you*style nyem* ada alumni nyanyi2 eh salah nasyid2.
Best jiddan~! ;)
Ada Ammar Hamdan,Varianz ngan Nice. Semua gempak2.

Lepastu kami yang dah habis PMR ni ibarat melukut di tepi gantang lah kan.
Kelas kata pergi, masjid kata mari. Kelas pun telah dijajah oleh warga2 yang sedang dijajah kertas periksa so kami kenalah bersemayam di masjid tu untuk arakian waktunya sampai akhir tahun. 
Tapi best! *yeke*
Banyak program tersusun untuk kami. Best lah jugak, ada lawatan, ada masak-masak, ada macam2 lah.
Tapi atiqah kata aku sesuai main ngan mesin je. Ouch,terasa der. ktipu.

Dan sekarang ni, tengah cuti seminggu pasai Deepavali. Tak ade buat apa2 pun okay! Macam hape je. Tengah membanyakkan usaha jugak lah untuk result PMR tu. Ya Allah,berkatilah usahaku. Ameen.

Done for this post maybe aku-saya-ana try rajin2 kan diri post lagi.

p/s: Getting ready for ppcs. And yes,for the third and last time. ;)
Tahun ni best jugak lah sebab start awal 20/11/2011. Gempak punya tarikh!

Till then.
Assalam ;)

No comments:

Potpet potpet